“..kerja tuhan tidak boleh diramal...nasib, usaha dan takdir bagaikan tiga bukit biru samar-samar yang memeluk manusia dalam lena".” Andrea Hirata
**************************************
Manusia tak berjumpa begitu sahaja.Hukumnya jatuh sama pada setiap apa yang berlaku.Hikmah pasti terselit.Cuma terkadangnya kita lebih suka menyalahkan seandainya perancangan kita tidak sama seperti yang sudah ditulis dalam kitab Lauh Mahfuz.Tidakkah itu ego dan sombong?Sering kali kita ucap mahu jadi orang yang beriman,tetapi apa yang kita zahirkan jauh tidak sama.MashaAllah..
Firman Allah swt; Al-Baqarah:216.
وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
Maksudnya; Kemungkinan apa yang kamu benci adalah amat baik bagimu, dan kemungkinan (pula) apa yang kamu sukai, ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.
Ieka memandang sayu sejadah dihadapannya.Terpukul dengan kata-kata naqibahnya; Kak Alia dalam perjumpaan usrahnya semalam.Benarlah.Tiada lagi rasanya alasan rasional yang boleh menolak kebenaran kata-kata Kak Alia.Perjumpaan usrah semalam juga terasa lebih istimewa dengan kehadiran seorang lagi ahli baru.Kini,genap 6 orang semuanya.Pejam celik sudah 2 tahun mereka berkongsi ilmu.
Alhamdulillah, atas aturan takdirMu yang ini Ya Rahman.Kau semaikanlah rasa cinta kami untuk terus mencari redha MU.Ameen.
Jam bewarna putih di dinding dicari.Sudah hampir 6.30 pagi.Sejadah dan telekung dilipat kemas.
Teringat kembali perbualan dengan ayahnya semalam.
"..ieka yakin dengan keputusan ieka ni?"
"InshaAllah Ba,Ieka yakin"